Wednesday, 20 July 2016

PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN DALAM ISLAM


    Pengurusan Islam bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat bagi manusia berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia untuk mencapai matlamat tertinggi iaitu keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya Islam telah menggariskan perundangan yang amat lengkap, sempurna dan terperinci bagi panduan manusia untuk menjadi hamba di atas muka bumi ini.Namun ada segelintir manusia yang mengganggap adanya panduan lain  yang lebih baik daripada panduan wahyu Allah SWT dalam mengatur kehidupan manusia.
   


   Meskipun terdapat aspek-aspek positif yang boleh dipelajari daripada model pengurusan barat dan sebagainya, hakikatnya ia datang dari islam. Kelemahan umat Islam untuk mempraktikkan nilai pengurusan Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menyebabkan para pengkaji barat yang mengkaji Al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW yang menemui keelokan dan keberkesanan sistem pengurusan Islam dan menukar nama kepada sistem pengurusan barat.

     Walaupun terdapat beberapa persamaan antara pengurusan Islam dan pengurusan barat, tetapi pengurusan Islam tetap mempunyai keunikan yang tersendiri yang tidak terdapat pada model pengurusan barat.

Antaranya :
               i.            Kepatuhan dan ketundukkan perintah dan larangan Allah SWT dalam melaksanakan pentadbiran da pengurusan.
             ii.            Mengutamakan perpaduan dan kerjasama berbanding persaingan dan permusuhan.
          iii.            Sikap dan akhlak yang selari dengan tuntutan Islam
          iv.            Wujudnya prinsip syura yang merupakan nadi kepada pentadbiran Islam

Di antara prinsip-prinsip pengurusan Islam ialah :
                 i.            Al-‘Ubudiyyah : Pengabdian diri kepada Allah SWT
               ii.            Al-‘Adalah : Keadilan
            iii.            As-Syura : Prinsip utama dalam kepimpinan Islam
            iv.            Al-Hurriyah : Kebebasan
               v.            Al-Musawah : Persamaan

AL-‘UBUDIYYAH

       Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah .Ubudiyyah merujuk kepada sifat pengabdian diri seseorang dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu,seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri kepada Allah.
      Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah sebagai pencipta alam semesta. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah SWT, yang memusatkan peranan kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keEsaan Allah merupakan landasan pengabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya.(Ahmad Ibrahim:1991)

“Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada Aku. Allah memiliki apa yang berada di langit dan di bumi dan kepada Nya hendaklah kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah SWT”

     Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertntu bagi seorang pemimpin,pengurus,pentaddbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiyyah.

                   i.            Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat ,sedangkan manusia boleh beribadat  di mana sahaja kerana perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah SWT dan semua perlakuan serta pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
                 ii.            Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah) Allah swt serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam roh lag.


Firman Allah bermaksud:

“Bukankah Aku Tuhan kamu?”   Maka jawab roh : “ Ya, kami bersaksi supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat : Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini”
(al-A’raf: 172)

“Ingatlah ketika Tuhan berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seseorang khalifah di atas muka bumi.
Maka jawab mereka: “adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang membuat bencana dan menampakkan darah sedangkan kami bertasbih memuji dan mensucikan  Engkau?”
Allah berfirman : Sesungguhnya Akan mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”
(al-Baqarah : 30)

    Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi,laut serta isi perutnya sebagai punca rezeki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah.(Ahmad Ibrahim :1991)


Firman Allah bermaksud:

     “Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi serta memakmurkan kamu di dalamnya”
(Hud : 61)

    Dalam konteks organisasi,konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorak pembentukkan individu warganya malah juga dapat membentuk halatuju serta budaya organisasi tersebut. Di antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah : (Rasid Muhammad : 2011)

             i.            Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Alllah. Ini akan menjadikan matlamatnya sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh Islam.
           ii.            Cara,kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinisp Islam. Ini menegaskan penolakan terhadap ‘matlamat menghalalkan cara’
        iii.            Budaya yang wujud di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu,akan wujud budaya yang bernafaskan nilai Islam did lam organisasi tersebut.


     Konsep ubudiyyah ini,jika difahamkan dan dihayati dapat member kesan yang positif kepada pembentukkan watak organisasi serta budaya organisasi yang diwujudkan. Di antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah : (Rasid Muhamad : 2011)


                        i.            Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini menjadikan mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, ia di dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dala Islam.
                     ii.            Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.
                   iii.            Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini dapat menyumbang menngurangkan pelbagai bentuk perkara negatif seperti rasuah,salahguna kuasa dan sebagainya
                   iv.            Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi . Dengan ini, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi
Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting alam organisasi kerana melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan  berperanan dengan sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan mewujudkan budaya organisasi yang positif dan mampu untuk mengembangkan dan memajukan organisasi.


 
AL-’ADALAH

   Al-’Adalah dari sudut bahasa bermaksud meletakkan sesuatu yang sesuai pada tempatnya. Dari segi istilah, meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Semua aktiviti yang dilaksanakan mestilah secara tepat, baik, sesuai dan berkonsepkan ihsan.

Al-Quran memerintah supaya berlaku adil dalam semua urusan hidup manusia.

Firman Allah SWT
“Sesungguhnya Allah SWT menyeru untuk berlaku adil dan melakukan kebaikan, serta membantu kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman, ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamumengambil peringatan mematuhi-Nya”
( al-Nahl;90 )

Mengikut al-Mawardi, keadilan bererti bercakap benar, jelas kejujuran (amanah), menjauhi benda yang haram, memlihara diri daripada melakukan dosa, menjauhi syubahat, tenang ketika berada dalam keadaan yang sukar dan marah, dan menjaga maruah dalam urusan keagamaan dan keduniaan. keadilan bukan sahaja menjauhkan diri dari yang haram dan syubahat, malah budi pekerti haruslah mulia (Harun Taib)


KEADILAN BOLEH DILAKSANAKAN DI DALAM PERKARA SEPERTI BERIKUT;

1) Keadilan dalam membuat keputusan.
Sebelum membuat keputusan berkaitan dengan satu perkara, kita seharusnya melihat dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan. Ia untuk mengelakkan sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya.

“Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil”
( al-Nisa’:58 )

2) Keadilan dalam pengucapan.
Keadilan dalam pengucapan bermaksud kita menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan-golongan tertentu mengikut penerimaan mereka.

“Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil sekalipun orang itu ada hubungankerabat denganmu”.
( al-An’am:152 )

3) Keadilan terhadap Allah.
Tidak syirik dan menyamakan Allah SWT dengan sesuat. Orang-orang kafir telah melakukan perbuatan syirik, ini berdasarkan firman Allah SWT, bermaksud :

“Dalam pada itu, orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka”.
( al-An’am:1 )

Oleh itu Allah SWT berfirman, bermaksud:
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)”.
( al-Nisa’:29 )

4) Keadilan berdasarkan kesempurnaan timbangan dan ukuran.
Secara umumnya kesempurnaan ini bermaksud (sesuatu benda tertentu itu) sama (dengan yang lain) dari segi timbangan dan saiz. Kesempurnaan demikian adalah baik kesannya bagi manusia di dunia dan akhirat. Al-Quran menggambarkan:

“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
( al-Isra’:35 )


PRINSIP UTAMA DALAM KEADILAN SOSIAL

l  Setiap orang berhak memiliki harta secara sendiri atau berkongsi.
l  Orang miskin yang berhak menuntut bahagian mereka daripada otang kaya
l  Dilarang mengeksploitasi manusia dalam apa jua bentuk atau keadaan.


BENTUK-BENTUK KEADILAN

Keadilan dalam bentuk bersamaan
Sesebuah organisasi hendaklah melaksanakan keadilan dalam bentuk bersamaan seperti mendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya. Contohnya, semua kakitangan dibayar gaji pada hari yang sama.

Keadilan dalam bentuk yang berbeza
Setiap orang berhak diberi gaji oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan dalam jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperolehi dan tanggungjawab yang diberi. Contohnya, jumlah imbuhan atau gaji diberi berbeza mengikut kepakaran atau profesion masing-masing.

Keadilan dalam hak istimewa
Hak istimewa yang diberikan oleh individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi. Contohnnya, ketua boleh menetapkan peraturan dalam pejabat demikebaikan jabatannya.






BIDANG DAN SKOP KEADILAN
Keadilan urusan persendirian
Sebagai contoh menjaga kesihatan diri dan menutup aurat.

Keadilan menguruskan harta
Mewajibkan manusia bekerja dan berusaha mencari jalan terbaik untuk memiliki harta dan kekayaan tetapi hendaklah selari dengan garis panduan yang ditetapkan.

Keadilan dalam pertuturan.
Bercakap benar, mengurangkan atau menokok tambah sesuatu perkara dan sengaja membuat fitnah untuk memburukkan seseorang.

Keadilan dalam perbicaraan dan penghukuman
Pengadilan dijalankan dengan teliti agar semua pihak yang bertelingkah akan mendapat hak-hak mereka dan ia merangkumi perbicaraan dan penghukuman.

Keadilan yang tidak sependapat
Sikap menghormati dan menghargai pendapat orang lain amatlah penting dan dituntut oleh Islam.


  
AS-SYURA

     Di antara nilai-nilai kemanusiaan dan sosial yang dibawa oleh Islam adalah syura (musyawarah). Syura bermaksud tidak menyendiri pendapatnya dan dalam persoalan-persoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran dengan orang lain. Pendapat dua orang atau lebih daripada dua orang dianggap lebih benar pendapatnya dibandingkan dengan satu pendapat sahaja. Sebagaimana musyawarah dalam suatu urusan itu dapat membuka pintu kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari pelbagai sudut, yang mana sesuai dengan perbezaan dari pandangan setiap individu serta pemikiran dan pengetahuan mereka. Dengan demikian, maka dengan pengurusan yang diperolehi adalah berdasarkan persepsi (tashawwur) yang sempurna dan berdasarkan keputusan keseluruhan.

     Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam pemerintahan Islam. Sistem ini sangat penting kerana ianya merupakan sebagai faktor utama dalam kejayaan politik Islam dan sebagai penentu atau penjamin tidak akan cacatnya perlaksanaan dalam mana-mana zaman. Sesungguhnya pemerintah akan bersama-sama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan politik dan merupakan prinsip dasar Negara dan masyarakat Muslim.

     Perkataan syura adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud mesyuarat. Manakala daripada sudut istilah pula, syura ialah permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan.


DALIL SYURA

     Terdapat beberapa dalil daripada Al-Quran dan juga Al-Sunnah yang menunujukkan ke atas kewajipan bersyura, antaranya ialah :


AL-QURAN

Maksudnya :
     “kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya” 
(Ali Imran : 159).



AL-SUNNAH

Maksudnya :
    “sesiapa yang membaiah orang lelaki tanpa melalui pemesyuaratan di kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikuti iaitu orang yang dibaiah dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh” 
(Sharh Fath Al-Bari, Juz 2:144)




PERANAN MAJLIS SYURA

Terdapat beberapa peranan yang penting wujudnya majlis syura didalam system kepimpinan Islam :

     Melakukan pemilihan ketua Negara syura memainkan peranan yang penting dalam menentukan ketua bagi sesebuah Negara Islam. Menurut Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah, tidak ada nas yang jelas menghuraikan tentang cara perlantikkannya. Tetapi terdapat beberapa peristiwa sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW yang boleh dijadikan panduan bagi perlantikan seorang ketua. Ini berdasarkan sabda Rasulllah SAW yang bermaksud : “sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui pemesyuaratan dikalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh.

     Mendekatkan rakyat dengan pemerintah. Syura bukan sahaja dihadiri oleh golongan pemerintah, tetapi turut diikuti oleh golongan-golongan lain seperti ahli akademik, perniagaan dan sebagainya. Sesuatu keputusan musyawarah, tidak tertakluk kepada keputusan pemerintah tetapi turut mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-orang bawahan termasuklah rakyat jelata. Kekuatan syura terletak kepada kenyataan bahawa musyawarah membawa masyarakat lebih dekat antara satu sama lain dan memberi kesempatan bagi mereka untuk menyuarakan pandangan tentang permasalahan yang berkaitan dengan masyarakat. Di samping itu, hal ini juga boleh mewujudkan keharmonian dalam sesebuah Negara.

     Menegakkan dan menyebarkan agama Islam. Syura juga berperanan dalam menegakkan agama Islam ke setiap pelusuk tanah air yang mengamalkan sistem tersebut. Oleh kerana itu, Islam mengamalkan konsep syura, khususnya dalam mengendalikan urusan duniawi yang harus ditegakkan dengan agama. Selain itu, syura juga memberikan hak kepada manusia untuk berfikir dan menggunakan kebijaksanaan mereka dengan menyuarakan pendapat-pendapat mereka terhadap sesuatu masalah.

     Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam. Dalam kepimpinan Islam, penasihat merupakan elemen penting yang mesti wujud. Oleh yang demikian, salah satu penasihat yang menyumbangkan kepada kecemerlangan sesebuah kepimpinanan itu adalah syura. Oleh itu, syura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat olehh seseorang pemimpin dalam kepimpinanya. Syura juga bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam pentadbiran, malahan ianya sebagai medan perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah kepimpinan Islam.




KELAYAKAN MENGANGGOTAI MAJLIS SYURA

     Syarat-syarat untuk menjadi anggota majlis syura sangat dititikberatkan. Sifat-sifat anggota majlis syura sangat menentukan bentuk keputusan sesuatu syura.

Atas dasar itu, Islam menetapkan beberapa ciri atau sifat orang yang layak bersyura. Mereka adalah :

     Beragama Islam. Dengan orang bukan Islam tidak ada syura (yakni dalam urusan khusus untuk umat Islam sahaja). Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah : Mereka yang hendak menyelesaikan sesuatu urusan maka mereka bermusyawarah yang anggotanya terdiri daripada kalangan orang-orang Islam. Allah bersama mereka dalam menyelesaikan urusan itu. Orang bukan Islam itu, mereka tidak tahu mana yang hal dan mana yang batil menurut pandangan Islam. Selain itu, orang kafir yang memusuhi Islam, kalau terbawa ke majlis syura, ianya akan memberi pandangan-pandangan yang jahat dan beracun serta membahayakan umat Islam. (Riwayat Ath Thabrani)

     Bertaqwa. Tidak semua orang Islam yang layak untuk diajak berbincang kerana tidak semua mampu berfikir secara adil dan ikhlas di dalam perbincangan dan dalam membuat sesuatu keputusan. Syarat taqwa itu amat penting untuk melindungi dan mendorong manusia supaya membuat keputusan yang tepat.

     Cerdik ialah orang yang mempunyai buah fikiran yang bernas, logik, tajam dan tepat. Pandangan daripada orang-orang seperti itu sahaja yang diperlukan. Selain daripada mereka, tidak perlu untuk dibawa berbincang kerana mereka akan memberi pandangan yang tidak tepat dan negatif. Hal ini, boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan boleh membawa kepada pergaduhan.

     Seorang ang sesuai dengan bidang yang akan dibincangkan. Syarat ini penting kerana orang-orang yang akan membuat keputusan dalam hal yang disyurakan itu, betul-betul orang yang tahu tentang seluk belok perkara tersebut.






KEPENTINGAN AS-SYURA

Antara kepentingan As-Syura ialah :

     Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan orang ramai lebih baik daripada pandangan seorang.

     Syura akan memantapkan lagi keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam.

     Syura juga dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidak fahaman kerana ianya dibincang dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis syura yang ramai.

     Melalui majlis syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keutusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai.

     Syura akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama-sama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.

     Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran. Dengan ini, setiap mereka berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama apabila mereka diajak berbincang dan membuat keputusan bersama.




Menurut Dr.Abdullah Alwi Hj Hassan (1990), fungsi syura dalam konteks organisasi melibatkan perkara-perkara berikut :

a.     Menggubal peraturan-peraturan organisasi.
b.     Menjalankan setiap aktiviti oraganisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.
c.      Meluluskan program-program kewangan.
d.     Mengulangkaji dasar-dasar organisasidan memikirkan bagaimana cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi.
e.      Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi
f.       Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
g.     Memberi kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi.
h.     Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syarat.


AL-HURRIYAH


PENGERTIAN DAN KONSEP

     Al-Hurriyah bermaksud kebebasan yang menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Islam menentang sebarang bentuk penghambaan kecuali penghambaan terhadap Allah SWT. Kebebasan dalam Al-Quran sangat dijunjung tinggi termasuk dalam menentukan pilihan agama. Namun demikian, kebebasan yang dituntut dalam Islam adalah kebebasan yang bertanggungjawab. Kebebasan yang disini juga adalah kebebasan yang dibatasi oleh kebebasan orang lain.

     Prinsip kebebasan dapat dilihat daripada dua pendekatan iaitu pendekatan secara teologis dan usul fiqh. Pengertian kebebasan dalam perspektif teologis beerti bahawa manusia bebas menentukan pilihan mereka antara pilihan yang baik ataupun yang buruk. Manakala, dalam pendekatan usul fiqh, setiap kebebasan yang diberikan harus dipertanggungjawabkan.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256 :

Ertinya :“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agam (Islam) ; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus dan Allah maha Mendengar lagi maha Mengetahui”. 
(Q.S.Yunus : 256)


Dalam Surah Yunus ayat 99 yang berbunyi :

Ertinya : “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang berada di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?”
(Q.S.Yunus : 99)


HAKIKAT HURRIYAH

     Islam sangat menghormati dan memuliakan manusia dengan memberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih, dalam semua aspek kehidupan tanpa terkecuali. Islam mengharamkan paksaan seseorang untuk mengikuti ajarannya, meskipun yang disampaikannya adalah kebenaran yang tidak diragukan.

     Ada banyak firman Allah SWT tentang kemerdekaan atau kebebasan seorang manusia dalam menjalani kehidupan ini. Mereka diberikan pilihan sepenuhnya untuk memilih, jalan manakah yang akan meraka tempuh ; baik atau buruk, benar atau salah. Diantaranya adalah firman Allah SWT yang artinya :

     “Berbuatlah kamu, maka Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang beriman akan melihat perbuatanmu.” 
(Q.S.At Taubah {9} :105)


     “Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (untuk memilihnya). Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.” 
(Q.S. Al-Balad {90} : 10-11)


     “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) ; Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” 
(Q.S. Al-Baqarah {2} : 256)



ISLAM MENJAMIN KEBEBASAN MANUSIA

     Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kemanusiaan melibatkan perkara-perkara berikut :

1.Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti
Al-Quran menegaskan bahawa tidak boleh ada paksaan dalam beragama. Nabi SAW, memperlakukan golongan dengan menghormati keyakinannya.

2.Kebebasan berumah tangga
     Islam memberikan hak penuh kepada semua orang untuk kehidupan rumah tangganya. Jangan sampai kebebasan itu diganggu orang lain. Al-Quran memerintahkan, setiap orang yang mahu masuk rumah orang lain, harus meminta izin terlebih dahulu.

3.Kebebasan melindungi diri
     Islam menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak dan kebebasan melindungi diri dari ancaman, termasuk juga melindungi keluarga dan hartanya.

4.Kebebasan berfikir dan berbicara
     Mu’adz bin Jahal diberi hak menggunakan fikirannya dalam mengatur tugasnya, asalkan tidak bertentangan dengan nas Al-Quran dan Sunnah. Nabi memberikan kesempatan kepada seseorang yang menagih hutangnya kepada Nabi, dengan kata-kata yang agak keras, meskipun sahabat-sahabatnya menegurnya.

5.Kebebasan memiliki dan mencari harta serta menyimpan harta
     Firman Allah dalam Al-Quran yang artinya : “Aktiflah dalam kegiatan di mana sahaja di atas bumi, dan carilah rezeki Tuhan”. Yang mana pada intinya manusia mempunyai kebebasan untuk memenuhi keperluan hidupnya dari apa-apa yang ada dibumi.

6.Kebebasan berpolitik
     Prinsip Islam menetapkan bahawa ketua Negara adalah dipilih melalui baiah para ahlul halli wal aqdi. Rakyat memperoleh hak mengemukakan pendapat yang benar.




AL MUSAWAH

PENGERTIAN

   Al-Musawah bermaksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah tentang persamaan taraf dan kedudukan setiap pengurus, pentadbir, setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi pada taraf atau status kemanusiaan. Setiap individu berasal daripada keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut tanggungjawab, amalan dan ketaqwaannya.

Firman Allah SWT
”wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa”.


   Maksud ayat ini ialah manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa pengecualian atau keistimewaan tertentu. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya telah ditetapkan di dalam undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bangsa, bahasa, budaya, pangkat, asal keturunan dan sebagainya. Sistem kasta telah mengundang pelbagai masalah terhadap masyarakat serta mencetuskn perbalahan dan persengketaan yang berpanjangan. Oleh itu, manusia seharusnya diberi persamaan dari segi tanggungjawab terhadap undang-undang, hukuman serta agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

   Persamaan hak merupakan salah satu prinsip utama dalam syariat Islam, ianya berkaitan dengan ibadah dan muamalah. Persamaan hak tersebut tidak hanya berlaku bagi umat Islam sahaja, tapi ia juga berlaku dalam agama lain. Mereka diberi hak untuk memutuskan hukum yang sesuai dengan ajaran masing-masing., kecuali jika mereka dengan sukarela meminta keputusan hukum sesuai dengan hukum Islam. Persamaan hak di atas berimplikasi pada keadilan yang seringkali didengungkan Al-Quran dalam menetapkan hukum.
..Dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, supaya kamu menetapkan dengal adil..
( QS.Al-Nisa:58 ) 
                                                                                          
KESIMPULAN
      Kesimpulannya , pengurusan dan pentadbiran adalah dua perkara yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza  dan aspek yang   berbeza. Pentadbiran merupakan sebahagian daripada pengurusan. Manakala, pengurusan lebih umum daripada pentadbiran. Pengurusan ialah kemahiran dalam melaksanakan semua fungsi pengurusan untuk mencapai objektif tertentu yang lebih ditetapkan. Kewujudan organisasi sebagai pergerak dan penyelaras utama sama ada yang berkaitan dengan urusan dalaman dan luaran. Perihal pengurusan yang semestinya adil dan saksama. Selain itu, Adalah juga penting untuk kita menitikberatkan  sumber-sumber yang digunakan dalam aspek pengurusan. Sumber utama yang digunakan dalam pengurusan atau juga disebut sebagai sumber primer ialah Al-Quran dan Sunnah. Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber utama dalam menyelesaikan kemaslahatan yang berlaku dalam bidang pengurusan. Seterusnya, ialah sumber sekunder. Sumber sekunder ialah sumber yang kedua yang digunakan sebagai rujukan. Antara sumber sekunder ialah para sahabat Rasulullah SAW ( Khulafa Ar-Rasyidin ), ilmuan kontemporari Islam dan pemikiran dalam ilmuan dari barat dan timur. Kemudian objektif dalam pengurusan ialah melaksanakan undang-undang Islam dalam semua bidang kehidupan manusia, kemakmuran bumi Allah, di samping melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah dengan adil dan saksama.